Monday, August 15, 2011

Cuba.

Biar perlahan, asalkan nampak. Buat apa laju, kalau tak tahu malu. Budak sekarang dah tak tahu malu. Tidak berilmu, hanya tahu berlagu. Tidak sampai hatinya, niatnya mahu menggapai. Aku disini bukan melantun, namun hanyalah insan yang cuba untuk berpantun. Fikir, ketuk sedikit agar keluar dari kepompong pemikiran asal.

Thursday, August 4, 2011

.

Ramadan menjelma, tapi masih ku rasa kosong.
Tiada apa yang mampu ku bohong.
Masih lagi mencuba dan mencari.
Kemanisan tak terhingga dihati.

Selamat menyambut bulan Ramadan, salam :-)

Monday, July 11, 2011

Bila

Bila selonggok minah gila melepak di Starbucks tapi yang beli ayaq seorang sahaja.

Bila kita berjalan di kaki lima mulut orang sekeliling terkumat-kamit.

Bila kita senyum dan beri salam tapi pulangannya berbeza.

Bila ada isu sikit di negara kita, yang tak patut itu pula yang kau sembangkan.

Bila ada hiburan, bila ada lampu warni-warni? Itu yang kau sibuk hebahkan.

Bila ada isu negara lagi, kau datang lagi tampil dan membebel.

Bila kau nak mampus? Bila kau nak diam? Umur setahun jagung, duduk sekolah habiskan dulu baru sibuk nak bersembang. Aku pun sekolah juga dahulu, tiada pun nak sibuk nak masuk campur. Baik lelaki, baik perempuan, semuanya sama sahaja. Aku tak mahu bodoh-bodoh ini nanti yang berdiri dan bersuara. Duduk rumah, wear your fancy dress. And there you can talk shit all the time you want.



Salam.

Tuesday, July 5, 2011

Sudahlah...

9 Julai 2011. Katanya nanti ada perhimpunan haram, katanyalah. Tak letih ke buat benda macamtu? Baik duduk rumah dengan anak-anak, tolong buat kerja rumah, tolong isteri masak, pergi tengok ulangan AF ke. Katanya nak menuntut pilihanraya yang bersih, blablabla. Nak sembang boleh, sembanglah elok-elok. Janganlah buat kecoh sangat. Membazir duit, buang tenaga, masa lagi. Aduh aduh aduh. Terikut sangat revolusi luar negara ke apa? Sudahlah tu ya? Ingat keselamatan orang lain, jangan tahu nak syok sendiri. Hantar memorandum, usul, proposal, apa-apa sahaja. Mesti ada cara lain boleh sembang. Sabtu aku nak tengok hindustan, jadi tolonglah jangan buat kecoh. TV3, pukul 2. Salam :-)

Monday, June 20, 2011

Monochrome.

Tak seberapa sangat pun. Ada seminit dua, singgah la ya. Terima kasih :-)        




http://www.flickr.com/photos/dauslah/

Saturday, June 18, 2011

tratar de.

Something new, something useful, something bright ahead. Stop being typical and think about the others. This your spotlight. Bismillahirahmanirrahim.

Friday, June 17, 2011

Godam tak godam.

Utusan cakap 41? Berita Harian cakap 51? Mana satu yang betul? Haha cukup banyak aku rasa. Malaysia akhirnya melahirkan pakar penggodam yang telah berjaya menggegarkan dunia komunikasi di negara kita. Hebat, tidak boleh ku auta. Terbeliak biji mata, tersembul mata ku melihat berita sebegini di kaca televisyen mahupun dada akhbar. Hebat, sungguh hebat.

P/s - Hack blog aku tak nak? Hahahaha.