Friday, October 22, 2010

11

Para jemaah haji, selamat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Semoga mendapat haji yang mabrur, di samping perjalanannya diberkati oleh Allah SWT, Amin.  

*I miss my mum and my dad.

Wednesday, October 13, 2010

10

Terasa pantas masa berlalu, sepertinya baru ku mencatitkan bait-bait hidupku sebentar sahaja tadi. Hari-hariku kini kian lengang, tanpa ada sebarang perkara yang boleh dilakukan kecuali berfikir. Tidak pernah ku berhenti, buat seketika. Aku berfikir, kenapa ada yang sayang ? Kenapa ada yang dengki ? Dan kenapa ada yang tidak endah sahaja ? Aku hanya tersenyum sinis dari sini. Wahai kawan, kau dimana ? Aku percaya kau sayang, kau cinta. Ini jangan sekali kau lupakan, cinta kepada diri sendiri. Jangan sekali kau letakkan diri kau di posisi membunuh. Dimana mereka yang dengki boleh menyakiti lagi membenci. Kadang-kala titisan air mata mengalir di alur pipi ku ini. Terkenang, teringat dan terngiang-ngiang. Sakit, sangat sakit. Luka tidak pernah sembuh, luka tidak pernah ku sentuh.

Monday, October 11, 2010

9

DUNIA INI TERLALU BISING UNTUK KITA SEMUA

Friday, October 8, 2010

8

"Baju yang kau sarungkan, kosong yang kau laungkan?" Permainan baru untuk bangsaku sendiri. Mereka minat, mereka buat dengan semangat. Namun manifesto sendiri tidak pernah kau dalami. Pernahkah kau mengerti erti perjuangan ? Pernahkan kau mengerti erti jihad ? Ya, terlalu banyak buah pemikiran yang bermain di fikiran kau mahupun aku sendiri. Tidak ku nafikan, ada antara mereka yang bertikam lidah sesama sendiri. Egoistik ? Itu yang aku nampak dari ruang ku sendiri. Pantang sekali kalah, lalu menyebarkan warna yang salah kepada yang memerlukannya. Lantang sekali suara kau, lancang sekali kata-katanya. Aku ? Masih berdiri disini dan mampu tersenyum melihat keindahan-Nya.

Tuesday, October 5, 2010

7

Kuman di laut nampak sahaja, gajah di sini siapa yang tahu. Aku dilemparkan dengan kata-kata tersebut dari tenaga pengajarku. Amboi, tidak ku sangka dia pandai berbahasa sebegitu. Namun aku percaya, pasti ada kebenaran disebalik bayang ungkapan tersebut. Mungkin dia nampak apa yang aku tak nampak, dan mungkin dia rasa apa yang aku tidak rasa. Umurnya hampir senja, manakala angkaku masih lagi mahu masak dan ranum, yang masih mencari garam yang mahu dirasa. Tidak kira manis, pahit mahupun, kelat sekalipun. Itu yang akan ku telan dan dalami. Dia ? Terlalu banyak garam yang dia sudah lesapkan, di mana mana sahaja. Terima nasihat, bukannya melawan. Dari angkat jari, baik angkat tangan. Ya, itu yang aku pegang dan itu yang aku amalkan.

Saturday, October 2, 2010

6

Tiada paparan akan terpampang di sini, hanyalah kata-kata dan pandangan dari mata ini sendiri. Bahkan, nama seseorang pun tiada disini. Bukan untuk mengaibkan, tetapi sekali lagi ku berkata hanyalah satu perspektif dari ku yang malap dan sayu. Sekian.

Friday, October 1, 2010

5

October, 10. Selamat datang buat kau. Tapi yang masih aku bau hanyalah hipokrasi dan korupsi. Bukan sahaja pada kawan baru ini, malahan buat teman teman yang sekian lama aku kenal. Bukanlah begitu, namun aku hanya berkata berdasarkan apa yang aku nampak. Tak pernah berubah ! Sekali pun tidak. Malahan semakin teruk. Kini kau pandai berjudi, kini kau pandai bersorok di celahan pokok, dan kini kau pandai berpusing. Bukan sahaja pada kata-kata, malahan dunia. Namun tidak ku sangkal, masih ada lagi yang berani terpampang di dada akhbar dan bersuara. Tahniah ? Belum lagi. Perjuangan kau belum selesai. Uruskan dahulu, kemudia baru boleh kau bertepuk tangan. Aku di sini hanya mampu tersenyum melihat kejahilan sendiri. Fikir, untuk diri sendiri. Senantiasa.

Tuesday, September 28, 2010

4

Matahari berdiri tegak, tetapi kau masih tidak tahu malu. Bukan mahu menuding sesiapa, tetapi lihatlah diri sendiri. Kesilapan itu biasa, namun jika diulang berkali-kali adakah ianya masih wajar? Kau berdiri di atas tahi sendiri walaupun kau sedar akan kesannya. Bau yang menarik akan mengikuti engkau, kemana sahaja. Tindakan? Kau sendiri tahu. Sedarkan diri kau, kesilapan dan kesalahan adalah dua elemen yang berbeza. Berdiri tegak tidak mengapa, tetapi fikirkan di lantai mana kau berpijak.

Sunday, September 26, 2010

3

I can't even spell my name right. Beat it people, you ain't got no shit here. Laugh all you want, but I'm still me. I don't care what are you trying to say or do, I just want to live my life to the fullest, even it takes me alone to do it. Take your shit home, I just don't give a fuck anymore.

Sunday, September 12, 2010

2

"Footballers as a role model to children"; saya ternampak 1001 persoalaan. Satu isu yang menarik atas dua faktor yang berkait rapat iaitu sukan yang paling popular di dunia, dan juga kanak-kanak. Beginilah, kanak-kanak memandang tinggi terhadap beberapa pemain bola yang terkenal. Atas dasar apa ? Hebat ketika beraksi di padang ? Atau hebat beraksi di luar padang ? Ketika ini kita dikejutkan dengan isu seorang pemain bola sepak terkenal yang ketika ini mewakili sebuah kelab ternama di Eropah. Beliau dikaitkan dengan skandal seks, dengan seorang pelacur walhal beliau sudah pun berkahwin. Saya pasti, beliau amat disanjungi oleh peminat beliau, terutamanya kanak-kanak. Apa yang mereka akan rasa apabila melihat pemain idola mereka di dada akhbar, dengan kata-kata yang tidak manis rasanya ? Hampa, sedih dan berputus asa. Saya sendiri mengaku sewaktu di bangku sekolah dahulu saya menjadikan seorang pemain bola sebagai idola peribadi. Kenapa ? Saya kagum dengan semangatnya di padang. Itu sahaja, tidak lebih dari itu. Ya, mereka gah di padang. Di luar ? Mereka hanyalah insan biasa. Kita tidak mahu anak-anak kita terikut dengan mereka, terpengaruh. Masih banyak lagi watak diluar yang layak disanjungi dan dijadikan ikon buat mereka. Fikirkan seketika. Salam.

Sunday, September 5, 2010

1

Assalamualaikum, salam sejahtera. Buat keluarga, rakan seperjuangan, teman dan manusia sekeliling. Ini hanyalah satu platform bagi aku untuk bersuara di mata dunia. Bahasa yang digunakan tidaklah terlalu penting, hanya mesej yang perlu dipertikaikan. Terlalu banyak yang boleh dikupas, terlalu banyak yang boleh dibicarakan. Bukan untuk mengutuk mahupun mencaci orang disekeliling, namun hanyalah sekelumit suara yang boleh disampaikan melalui media massa. Bersamalah kita menjayakannya, demi agama, bangsa dan negara.