Friday, October 22, 2010

11

Para jemaah haji, selamat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Semoga mendapat haji yang mabrur, di samping perjalanannya diberkati oleh Allah SWT, Amin.  

*I miss my mum and my dad.

Wednesday, October 13, 2010

10

Terasa pantas masa berlalu, sepertinya baru ku mencatitkan bait-bait hidupku sebentar sahaja tadi. Hari-hariku kini kian lengang, tanpa ada sebarang perkara yang boleh dilakukan kecuali berfikir. Tidak pernah ku berhenti, buat seketika. Aku berfikir, kenapa ada yang sayang ? Kenapa ada yang dengki ? Dan kenapa ada yang tidak endah sahaja ? Aku hanya tersenyum sinis dari sini. Wahai kawan, kau dimana ? Aku percaya kau sayang, kau cinta. Ini jangan sekali kau lupakan, cinta kepada diri sendiri. Jangan sekali kau letakkan diri kau di posisi membunuh. Dimana mereka yang dengki boleh menyakiti lagi membenci. Kadang-kala titisan air mata mengalir di alur pipi ku ini. Terkenang, teringat dan terngiang-ngiang. Sakit, sangat sakit. Luka tidak pernah sembuh, luka tidak pernah ku sentuh.

Monday, October 11, 2010

9

DUNIA INI TERLALU BISING UNTUK KITA SEMUA

Friday, October 8, 2010

8

"Baju yang kau sarungkan, kosong yang kau laungkan?" Permainan baru untuk bangsaku sendiri. Mereka minat, mereka buat dengan semangat. Namun manifesto sendiri tidak pernah kau dalami. Pernahkah kau mengerti erti perjuangan ? Pernahkan kau mengerti erti jihad ? Ya, terlalu banyak buah pemikiran yang bermain di fikiran kau mahupun aku sendiri. Tidak ku nafikan, ada antara mereka yang bertikam lidah sesama sendiri. Egoistik ? Itu yang aku nampak dari ruang ku sendiri. Pantang sekali kalah, lalu menyebarkan warna yang salah kepada yang memerlukannya. Lantang sekali suara kau, lancang sekali kata-katanya. Aku ? Masih berdiri disini dan mampu tersenyum melihat keindahan-Nya.

Tuesday, October 5, 2010

7

Kuman di laut nampak sahaja, gajah di sini siapa yang tahu. Aku dilemparkan dengan kata-kata tersebut dari tenaga pengajarku. Amboi, tidak ku sangka dia pandai berbahasa sebegitu. Namun aku percaya, pasti ada kebenaran disebalik bayang ungkapan tersebut. Mungkin dia nampak apa yang aku tak nampak, dan mungkin dia rasa apa yang aku tidak rasa. Umurnya hampir senja, manakala angkaku masih lagi mahu masak dan ranum, yang masih mencari garam yang mahu dirasa. Tidak kira manis, pahit mahupun, kelat sekalipun. Itu yang akan ku telan dan dalami. Dia ? Terlalu banyak garam yang dia sudah lesapkan, di mana mana sahaja. Terima nasihat, bukannya melawan. Dari angkat jari, baik angkat tangan. Ya, itu yang aku pegang dan itu yang aku amalkan.

Saturday, October 2, 2010

6

Tiada paparan akan terpampang di sini, hanyalah kata-kata dan pandangan dari mata ini sendiri. Bahkan, nama seseorang pun tiada disini. Bukan untuk mengaibkan, tetapi sekali lagi ku berkata hanyalah satu perspektif dari ku yang malap dan sayu. Sekian.

Friday, October 1, 2010

5

October, 10. Selamat datang buat kau. Tapi yang masih aku bau hanyalah hipokrasi dan korupsi. Bukan sahaja pada kawan baru ini, malahan buat teman teman yang sekian lama aku kenal. Bukanlah begitu, namun aku hanya berkata berdasarkan apa yang aku nampak. Tak pernah berubah ! Sekali pun tidak. Malahan semakin teruk. Kini kau pandai berjudi, kini kau pandai bersorok di celahan pokok, dan kini kau pandai berpusing. Bukan sahaja pada kata-kata, malahan dunia. Namun tidak ku sangkal, masih ada lagi yang berani terpampang di dada akhbar dan bersuara. Tahniah ? Belum lagi. Perjuangan kau belum selesai. Uruskan dahulu, kemudia baru boleh kau bertepuk tangan. Aku di sini hanya mampu tersenyum melihat kejahilan sendiri. Fikir, untuk diri sendiri. Senantiasa.