Monday, July 11, 2011

Bila

Bila selonggok minah gila melepak di Starbucks tapi yang beli ayaq seorang sahaja.

Bila kita berjalan di kaki lima mulut orang sekeliling terkumat-kamit.

Bila kita senyum dan beri salam tapi pulangannya berbeza.

Bila ada isu sikit di negara kita, yang tak patut itu pula yang kau sembangkan.

Bila ada hiburan, bila ada lampu warni-warni? Itu yang kau sibuk hebahkan.

Bila ada isu negara lagi, kau datang lagi tampil dan membebel.

Bila kau nak mampus? Bila kau nak diam? Umur setahun jagung, duduk sekolah habiskan dulu baru sibuk nak bersembang. Aku pun sekolah juga dahulu, tiada pun nak sibuk nak masuk campur. Baik lelaki, baik perempuan, semuanya sama sahaja. Aku tak mahu bodoh-bodoh ini nanti yang berdiri dan bersuara. Duduk rumah, wear your fancy dress. And there you can talk shit all the time you want.



Salam.

Tuesday, July 5, 2011

Sudahlah...

9 Julai 2011. Katanya nanti ada perhimpunan haram, katanyalah. Tak letih ke buat benda macamtu? Baik duduk rumah dengan anak-anak, tolong buat kerja rumah, tolong isteri masak, pergi tengok ulangan AF ke. Katanya nak menuntut pilihanraya yang bersih, blablabla. Nak sembang boleh, sembanglah elok-elok. Janganlah buat kecoh sangat. Membazir duit, buang tenaga, masa lagi. Aduh aduh aduh. Terikut sangat revolusi luar negara ke apa? Sudahlah tu ya? Ingat keselamatan orang lain, jangan tahu nak syok sendiri. Hantar memorandum, usul, proposal, apa-apa sahaja. Mesti ada cara lain boleh sembang. Sabtu aku nak tengok hindustan, jadi tolonglah jangan buat kecoh. TV3, pukul 2. Salam :-)