Sunday, September 12, 2010

2

"Footballers as a role model to children"; saya ternampak 1001 persoalaan. Satu isu yang menarik atas dua faktor yang berkait rapat iaitu sukan yang paling popular di dunia, dan juga kanak-kanak. Beginilah, kanak-kanak memandang tinggi terhadap beberapa pemain bola yang terkenal. Atas dasar apa ? Hebat ketika beraksi di padang ? Atau hebat beraksi di luar padang ? Ketika ini kita dikejutkan dengan isu seorang pemain bola sepak terkenal yang ketika ini mewakili sebuah kelab ternama di Eropah. Beliau dikaitkan dengan skandal seks, dengan seorang pelacur walhal beliau sudah pun berkahwin. Saya pasti, beliau amat disanjungi oleh peminat beliau, terutamanya kanak-kanak. Apa yang mereka akan rasa apabila melihat pemain idola mereka di dada akhbar, dengan kata-kata yang tidak manis rasanya ? Hampa, sedih dan berputus asa. Saya sendiri mengaku sewaktu di bangku sekolah dahulu saya menjadikan seorang pemain bola sebagai idola peribadi. Kenapa ? Saya kagum dengan semangatnya di padang. Itu sahaja, tidak lebih dari itu. Ya, mereka gah di padang. Di luar ? Mereka hanyalah insan biasa. Kita tidak mahu anak-anak kita terikut dengan mereka, terpengaruh. Masih banyak lagi watak diluar yang layak disanjungi dan dijadikan ikon buat mereka. Fikirkan seketika. Salam.

1 comment:

  1. saya tak pernah hiraukan pemain bola dan permainan bola sepak.. hahahah

    ReplyDelete