Tuesday, March 15, 2011
Bang, saya tak makan lagi. Tolong lah ...
Siapa cakap susah nak jadi kaya? Di Tanah Melayu ini semuanya tidak mustahil, termasuklah meminta sedekah. Sekaliku menonton buletin di kacanya, golongan ini meraih hampir RM30k sebulan. Amboi, kalah gaji jurutera, doktor, mahupun lepasan universiti di negara ini. Salah mereka yang tidak mencari inisiatif lain, ataupun rakyat kita sendiri yang terlalu prihatin dan disalah-ertikan ? Senangnya hidup, hanya meminta. Bila ditanya kenapa, diam pula. Allah takkan mengubah hidup seseorang sekiranya seseorang itu tidak mengubah hidupnya. Sampai bila ? Hingga ke kaca televisyen, dada akhbar. Tidak tolong, kasihan pula. Sudah diberi, ianya disalah-erti. Aduh, peningnya mereka. Aku sendiri pening melihat agenda sebegini. Biarkan sahaja, yang penting niat hendak menolong itu ikhlas, bukan ? :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment